Saturday, May 7, 2011

SELAMAT HARI IBU 2011

Nak taip apa untuk entri aku kali ni ekk? Dah puas aku cari ayat2 bombastik untuk nukilan terbaik aku sempena hari ibu tahun ni. Tapi kotak fikir aku nie asyik fikir ayat2 skema yang klise dengan ayat2 budak2 skolah.
Korang ada idea2 menarik untuk ucapan Hari IBU tak? Korang penah tgok video ni? Nie idea menarik untuk ucapan hari ibu. Teringin jgak nak buat cam nie.


Sudah berapa lama anda tidak mengucup pipi ibu? (penah ka mengucup pipi ibu?) Sudah berapa lama anda tidak peluk ibu? Sudah berapa lama anda tidak mendengar leteran ibu? Sudah berapa lama anda tidak merasai usapan ibu?

Perkara seperti di atas tu...anda tidak akan rasai sekiranya ibu telah pergi buat selama-lamanya. Rindu pasti hadir untuk merasai hari2 indah bersama ibu..

Walau pun rekmen ubat jerawat pun, ibu tetap berusaha mencari yang terbaik untuk anak-anaknya. Ibu lah orang yang paling sibuk cari bahan nak buat kuih kesukaan kita. Ibu sentiasa cari baju yang paling hebat untuk kita..walaupun kalernya kita tak berkenan. Ibu lah orang yang paling sibuk untuk meraikan majlis khatamal Quran anak-anaknya. Ibu akan masak apa saja untuk kita makan semasa kita pantang berkhatan. Semuanya untuk kita.

Doa sentiasa untuk mu IBU..walaupun telah pergi meninggalkan kami semua.

Sempena Hari IBU aku nak ucapkan selamat hari ibu untuk Isteri Tersayang - Safaraliwati Ghazali.
Terima kasih kerana menjadi ibu terbaik untuk anak ku.
Terima kasih kerana penat lelah menjaga dan membimbing anak ku.
Terima kasih kerana sentiasa ambil berat tentang kesihatan dan pendidikan anak ku.
Selamat Hari IBU Sayang!

Untuk Kakak2 aku..Kak Jamaliah, Kak Fatimah, Kak Merawati, Kak Rabaah, Kak Norainon, Kak Norasyikin, Kak Norhayati...Selamat Hari IBU.

2 comments:

Chenal