Friday, May 6, 2011

Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Peringkat PBT Sarawak 2011

KIK merupakan suatu aktiviti yang amat relevan untuk meujudkan pasukan-pasukan berprestasi tinggi di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sarawak. Kali ini Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak telah mengorak langkah dengan menganjurkan KIK sebagai langkah promosi kepada budaya kerja berkualiti dan meningkatkan kualiti kerja khususnya dalam penambahbaikan sistem penyampaian Negeri Sarawak kepada pelanggan.

Konvensyen KIK yang diadakan pada 4-5 Mei 2011 di RH Hotel, SIBU ini menampilkan 29 kumpulan KIK berentap mempersembahkan projek inovasi setiap PBT. Berikut keputusan KIK PBT Negeri Sarawak 2011.




Kategori Bandaraya dan Perbandaran

Tempat Pertama : RTG5 - Dewan Bandaraya Kuching Utara (3 bintang)
Tempat Ke-2 : PHQ-3 - Majlis Bandaraya Miri (3 Bintang)
Tempat Ke-3 : Khutub Khanah - Majlis Bandaraya Miri (3 Bintang)
Persembahan Terbaik : Flying Colours - Majlis Perbandaran Sibu


Kategori Majlis Daerah

Tempat Pertama : Kadico - Majlis Daerah Kapit (3 bintang)
Tempat Ke-2 : Belalang - Majlis Daerah Betong (3 bintang)
Tempat Ke-3 : Rafflesia Gading - Majlis Daerah Lundu (3 bintang)
Persembahan Terbaik : Fortess Emma - Majlis Daerah Kanowit


Anugerah bintang kepada kumpulan KIK lain seperti berikut :

3 bintang

1. Bangunan - Dewan Bandaraya Kuching Utara
2. Kotaku - Majlis Daerah Samarahan

2 bintang

1. O.N.G - Majlis Bandaraya Kuching Selatan
2. Bees - Majlis Perbandaran Pedawan
3. Two-P - Majlis Daerah Luar Bandar Sibu
4. Transformasi 3 - Majlis Daerah Saratok
5. MDMJ - Majlis Daerah Maradong dan Julau
6. Kaul II - Majlis Daerah Dalat dan Julau
7. Fortress Emma - Majlis Daerah Kanowit

1 bintang
1. S.P.E.K - Majlis Bandaraya Kuching Selatan
2. Transformer - Majlis Perbandaran Pedawan
3. Flying Colours - Majlis Perbandaran Sibu
4. Jelas - Majlis Perbandaran Sibu
5. Sri Nanas - Majlis Daerah Sarikei
6. T.I.C - Majlis Daerah Bau
7. Nine is Good - Majlis Daerah Serian
8. Sri-Munjan - Majlis Daerah Simunjan
9. Sri Benak - Majlis Daerah Sri Aman
10. Semut - Majlis Daerah Lubok Antu
11. Perang - Majlis Daerah Matu dan Daro
12. Claude Town - Majlis Daerah Marudi
13. MD Subis - Majlis Daerah Subis
14. Merit - Majlis Daerah Limbang

Berita

3 comments:

  1. Wassehhh... Tahniah.. tahniah.. Kmkorg ada join KIK juak tahun tuk tp sebab ada kerja lain, KIK tahun tuk kali pospond lok.. hehehe.. Lamak dah sik ke Sibo :)

    ReplyDelete
  2. Apa benda KIK tok? Wahhh.. Dak DBKU ada juak menang.. Bangga juak lah jadi warga petra jaya.. haha..

    ReplyDelete

Chenal