Saturday, May 8, 2010

HARI IBU - dikenang kerana pengorbanan mereka


Hari ini, 9 Mei 2010 - kita meraikan hari ibu.
Knapa?
Bila aku gelisah, resah dan sedih, IBU la org pertama yang datang merungkai kegelisahan, keresahan dan kesedihan itu.
Bila ada org memarahi aku, IBU la tempat aku mengadu.
Bila aku sakit, IBU la orang yang pertama mencari penawar.
Bila ada masalah, IBU la tempat aku meluahkan masalah.
Bila aku ketakutan, IBU la org yang sentiasa menemani ku.
IBU la insan yang selalu memberi kucupan mesra walaupun aku sudah dewasa..
IBU sentiasa menghulurkan bantuan, walaupun aku tidak pernah meminta..
IBU sentiasa berada disisi aku bla aku memerlukannya...
Pelukan IBU membuat aku rasa tenang dan aku rasai kasihnya terhadap aku..
IBU orang yang paling risau kalau aku lambat balik ke rumah..

Bila IBU sudah tiada.....
Tiada lagi kucupan mesra, tiada lagi belaian manja, tiada lagi kata-kata nasihat,tiada lagi rasa hangat pelukannya...
Suara bebelan - tidak lagi kedengaran.

Rindu...pada mu IBU..
Dia terlalu istimewa buat ku,

Lagu ini adalah hadiah untuk insan bernama IBU.."SIMFONI RINDU BUAT IBU"

Kala Senja menebar rembangnya
Hati ini digamit rindu
Terasa ingin mengucup pipi mu
Dan membalas usapan mesra mu

Seperti dahulu....

Nasihat dan pesanmu ku anggap leteran
Tegahan mu jadi mainan
Tersayat hati mu tak ku endahkan
Esak tangismu tak ku hiraukan

Namun kini..setelah kau pergi
Menemui Ilahi
Baru kini ku menyedari
Tak ternilai kasih mu yang suci

Oh Tuhan ampuni lah IBU ku
Tempatkan IBU di SyurgaMU
Dengarkan lah ini Simfoni Rinduku
Hanya buat mu oh Ibu

Lirik : Mohd Zaki
Lagu : Mohd Fairus
(Kumpulan Suara Firdaus)


SELAMAT HARI IBU juga untuk semua ibu..anda insan yang sangat Istimewa!
4 my wife - I LOVE U
Utk my Sis - Kak Jamaliah, Kak Timah, Kak Wati, Kak Rabaah, Kak Ana, Kak Ainon, Kak Syikin dan Kak Yati...Slamat Hari IBU.