Hari ni aktiviti aku dengan famili...semestinya bermain diluar rumah meredah hujan lebat. Pakai sluar pendek, ..pastu belari2 meredah lopak air dan bermain ditepi parit yang dah dilimpahi air. huhu....
Buang tabiat ker aku nak pakai sluar pendek main hujan???!!...dah berumur cam nie mana la macho main hujan! Lagi2 la dh jadi bapak budak...hishhh tak sesuaii la weiii!
Hari ni nak pegi 2 majlis kenduri...
1. Majlis Persandingan Rohani Sharkawi (sepupu aku) d Kampung Pinang
2. Majlis Persandingan adik kepada kawan rapat aku...(Haji Mohd. Helmi) d Kampung Tanjung Parang.
Punyer la lebat hujan...tapi aku sempat jugak memenuhi undangan. Alhamdulillah...
Ahad nie...aku n famili, nak kuar jalan2 sampai malam jugak! x kira...pa pun berlaku. Tetap nak habiskan Ahad dengan Famili kuar jalan2.
Hari nie sempat singgah ziarah kawan rapat aku Atie d Kampung Tanjung Parang...
Anak2 dengan urusan mereka..... |
Posing baik punyer.. |
Danish + Safrina |
Dengan hujan lebat tu jugak...kami balik ke kampung skejap. Sampai je kampung aku tengok abang ipar aku masih gigih menyudahkan kerja pembinaan rumahnya d belakang umah aku. Hujan2 pun...projek rumah dia tetap jalan. Rajin derang nie.
Kiranya hari nie...perjalanan dari Kuching-Kota Samarahan-Kuching. Esok..x de majlis kenduri nak aku hadiri. Mungkin rehat d rumah je kot! Hujan masih turun...dah ramai kekawan buat laporan keadaan banjir di kampung masing2. Kampung korang banjir jughak ker?