Sunday, October 30, 2011

Pertemuan & Perpisahan

Assalamualaikum....

Tadi... aku jumpa Lagu Pertemuan dan Perpisahan ni dalam Youtube. Lagu nya x da la best sangat pun, tapi ada sentimental 'value' untuk aku.
Korang dengar tak sora orang yang ..asyik "aaaaaaa...." tu?? Tak habis2 melalak dalam lagu nie. hehe (bukannya sedap punnn..korang jgn gelak Wokeyy!)
Tu la sora aku dgn si Rosli (budak JB). Bla dengar balik lagu ni...memang lucu. Lucu bukan apa.....lagu2 nasyid zaman tu memang banyak guna style cam tu. Suara harmoni la katakan...hahahaha
Dan lucu sangat bila itu sora buruk akuu dengan kawan aku si Rosli (ntah mana la dier skarang nie)
Kalo korang dengar muzik nya pun masih guna alat muzik zaman2 Nada Murni...



Lagu nie sebenarnya bonus track bagi Album Suara Firdaus (edisi Remix) sekitar tahun 1998 cam tu la kalo tak silap aku. Tu la 1st time aku masuk studio. Jakun sungguh aku time tu. "Waaaa..cam nie rupanya studio rakaman". Masa tu...Studio Permata Biru di Sungai Penchala (tempat markas Al-Arqam satu masa dulu). Tak tau la masih wujud ke tidak studio rakaman tu. Di studio ini la bermulanya perjalanan penasyid2 seperti Munif, Isman, Faisal(Hijaz), ahli kumpulan Rabbani, Saujana dan Raihan.

Susah jugak sebenarnya nak merakam lagu nie rupanya...terputus nafas pun bleh dengar. X bleh buat salah. Brapa kali kena ulang, walaupun 'aaaaaaaaaa' jer...beberapa kali semput gara2 tak cukup nafass! Tapi itu lah perjalanan hidup aku zaman muda remaja...

Pasal tu la lagu nie..Special untuk aku.
Thanks la pada CikWanKuntum yang telah upload lagu nie dlm Youtube.
(aku dah x de simpan album nie dh..gara2 banjir)

Thursday, October 27, 2011

Cabaran Hari Ini


Hari nie Amirfx tag aku...
Aku bukan biasa main tag2 nie. Tapi aku try jugak la nak sahut cabaran Amirfx.

Cabaran 1 - 11 pasal diri aku..
1. Mata dah rabun..tapi rabun lagi anak pak Mail.
2. Suka kaler merah..tapi x suka lampu merah trafik light
3. Yuna x ada kaitan dengan awek2 lama aku
4. Kocek sluar aku dah koyak...nak minta Rizalman tolong jahitkan. Bleh?
5. Nak dengar sora siti dodoikan aku time tido
6. Muka aku x sama dengan Aron Aziz pun..
7. Tinggi...lebih tinggi dari keta kancil aku.
8. Ibu jari tangan aku lebih besar dari jari telunjuk itik
9. Anak yatim piatu..ada peluang dapat bantuan RM500 tak?
10. Sembilan pasal aku kat atas memang macam poyoss kan?
11. Mak aku slalu pesan..jangan tipu orang. Aku?

Di bawah nie adalah soklan2 yang AmirFX kasi untuk aku jawab. So..pening kapla jugak nak jawab. Macam masuk ujian Darjah 6 jugak la. Jawapan aku :

1. Siapa suruh MarkZuckerberg makan nasi?
Bapak Zuckerberg...aku rasa la.

2. Adakah ayam berbulu musang ataupun musang berbulu lebat lebih sedap dimakan?
Soklan tuk mok tanya Mak Ayam dolok.

3. Bila makan adakah perlu korek lubang hidung?
Nak korek lubang hidung sapa? Jiran sebelah ka? X dapat jawapan. 

4. Bolehkah kipas angin menjadi enjin sangkut?
Bleh..Boleh juak d pakei untuk enjin rumput..

5. Pencipta telefon Graham Bell, siapakah pencipta Deodorant?
Susah glak soklan tuk...Erm...bukan David Bekam ka?

6. Pipi buncit dengan perut buncit apa bezanya?
Perut ada pusat...pipi  da jerawat.

7. Berikan 3 benda yang boleh dibuat dengan tetikus.
- Lampu raya..
- Sterika Loar bip
- Ganti tali flush toilet skolah SK Rampangi

8. Biasanya nemiak sekolah merik alasan keluar dari kelas nak buang aek kecil. Sebutkan 5 alasan lain yang boleh diterima pakai.
- Bulu mato tertanggal kat gate skolah
- mak cik kantin mintak tolong testing mee jawa
- mandi junub skejap
- Salah masuk kelas..
- Kasi Klip rambut kat awek kelas sebelah

9. Takrang penin palak sik jawap soklan dari aku? Jawap dengan jujur. Mun sik jujur pun sikhal. Aku tauk takrang penin palak mikir jawapan. haha..
Secara ikhlas...palak lutut aku bergegar jawab soklan tuk

10. Takrang suka sik baca blog tok? Mun suka boleh klik butang +1 kat dibah. Mun sik suka sik mok geng takrang ehhss..
X do aku nemu butang ya. "Woi...sapo pakei butang +1? kasi balikkk kat aku"

11. Cuba takrang teka sport apa dimain oleh Nicole David?
Nicol dan David main dam aji.
 
Aku x pasti la jawapan aku tu relevan ke tak. Tapi aku bangga dapat selesaikan cabaran Amirfx.  TQ Amirfx...tag aku dgn soklan yang mencabar. 

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday #4

Sukan bukan benda lucu...tapi kalo dah macam nie gayanya, memang sangat lawakkkk!



Malas nak ulas panjang2. Korang tengok je la.

(Teringat zaman skolah dulu2)

Thursday, October 20, 2011

dRbook - sosial network buatan MALAYSIA

Aku baru je register dRbook.biz nie. Ni pun dapat tau dari blog Macam Ni Lah yang bercerita pasal laman sosial daripada Dr.Rozmey. Walaupun laman sosial ni masih dalam peringkat awal pembangunan..namun usaha Dr. Rozmey nie harus dipuji. Seperti lama sosial lain..masing2 ada kebaikan dan kelemahan. So...aku macam biasa la masih terkial2 mencari apa la sangat kelebihan laman sosial orang kita nie? 
Bla aku ry register..
Korang rasa laman sosial nie mampu ka bersaing dengan laman sosial sedia ada..yang mampu menerjah seluruh dunia? Sapa tau kann?
Cuma aku lihat dari segi privasinya masih perlu dipertingkatkan. Rekabentuknya seakan2 Facebook. Korang tak percaya..korang try la register. FREE jer.
rekabentuknya tak ubah macam Facebook..Anda setuju?
So kita try dan lihat sejauh mana dRbook nie mampu menyaingi Facebook, Google Plus dan Twitter..

Wednesday, October 19, 2011

Tuesday, October 18, 2011

Citer ADO MALAM?


Semalam aku dapat cite nie dari kawan aku dlm FB dier. So aku just tampalkan je dalam Entri hari ni. Senang citer kannn...copy n paste.

Citer nie begini .........

Malam pertama... Sepasang pengantin baru siap menjalani upacara persandingan. 

Pada malam hari, saat suami masuk ke bilik, dia melihat isterinya telah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. "Kesian bini aku. Penat rasanya ni."

Si suami berkata di dalam hati lalu mematikan lampu dan berbaring di samping isterinya. Tiba-tiba isterinya berbisik dengan penuh romantis, 
"Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa?" 
"Sudah! Apa pulak laa bini aku ni?" Si suami bertanya dalam hati. Separuh malam dia termenung. "Oh, agaknya bini aku teringat kampung. Kesian! Sampai mengigau. Tak pelah. Biarlah dia tidur." 

Malam kedua, adegan yang sama berlaku tetapi berlainan dialognya. "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" Berkatalah si isteri kepada suaminya. 
"Siannya bini aku. Betul-betul rindu dengan kampung dia ni sampai mengigau 2 malam berturut-turut. Takpe. Besok aku tanya bapak. Mungkin dia ada jalan." Fikir si suami pula. 

Ayah si suami terbeliak mata mendengar keluhan anaknya. "Aku hantar kau sekolah jauh-jauh, benda macam ni pun kau tak boleh faham?" Ayahnya kemudian menjelaskan sedikit sebanyak tentang sok sek sok sek alam perkahwinan dan malam pertama. "Oh! Macam tu ke?!" Sengih si suami. "Baru paham. Tahulah apa nak buat malam ni!" Getus hati suami. 

Malam itu, si isteri sudah dibawah selimut. Suami menunggu-nunggu si isteri untuk bersuara. "Lah! Kenapa senyap pula ni? Merajuk ke?" Dia kemudian memulakan bicara, "Dah lapar betul rasanya perut ni, boleh tupai datang merasa?" Sunyi. Tiada balasan dari isteri. "Uishhh! Merajuk betul ni. Takpe, kita try lagi!" "Kain pelikat dah disinsing ke tepi, boleh pak tani turun menyemai?" Pun masih tiada jawapan. Si suami sudah mula risau. Cuba sekali lagi. "Juruterbang dah siap sedia, boleh pesawat turun mendarat?" Sayup-sayup terdengar suara bisikan si isteri, "Maaf tuan, landasan baru sahaja banjir."

..............................................................................................................................................................

Moral :
nak minta malam pertama tu..jangan la berpantun2. Buang air liur je. Didengar mak bapak mentua..kan kantoiii! Apa la salahnya cuit pasangan dengan jari kaki kerrr....or apa2 isyarat tubuh la kata orang Putihhhh!

Nie nak Tupai la...nak ke bendang la...
Mana la Tupai nak makan malam hari??? Tak kan nak ke bendang tengah2 malam? heheheh

Monday, October 17, 2011

Cik Lyndawawa nak konvo!!


Bla baca entri pasal Cik Lyndawawa akan convo kat UNIMAS...suka jugak aku nak mencelah bercerita pasal UNIMAS.

Tahun nie (2011)....konvokesyen d UNIMAS macam tak cukup publisiti. Masih x nampak sebarang banner program tu akan berlangsung d Kota Ilmu (Samarahan) dalam masa terdekat ni. Cuma dengar cakap2 orang je..termasuk my wife. Semalam (Ahad) - aku berulang alik dari Kuching - Kota Samarahan...memang sah x nampak apa2 tanda pesta tersebut akan berlangsung d Kota Samarahan. Mungkin UNIMAS x cukup bajet nak buat promosi kott tahun nie!
Dewan yang baru siap..buat pertama kali digunapakai untuk Pesta Konvokesyen UNIMAS 2011
Kak Ainie..sure dah tempah gerai untuk jual jambangan bunga sempena pesta konvo nie. Time nie la ramai peniaga2 tempatan nak cari rejeki lebih.

Abang aku & bebudak opis aku plak sibuk nak join pertandingan memancing minggu depan nie d UNIMAS - antara program sempena konvokesyen tersebut. Khabarnya ada hadiah menarik...! Tu pun kalo la ikan tu nak makan umpan korang la kann! Kalo kail panjang sejengkal..jangan nak duga ikan d Tasik UNIMAS.
TASIK UNIMAS...

Lama tak mencemar diri untuk tengok pesta konvokesyen UNIMAS. Walaupun kampus dekat je dengan kampung aku. Tahniah kepada semua graduan UNIMAS yang telah pun menamatkan pengajian termasuk Cik Lyndawawa. Terbaekkkk!

Minah Malware Pegi Haji ka??

Allhamdulilllah.....Minah Malware dah x de dalam blog aku lagi. Ntah apa yang aku buat ari tu pun aku x tau. Habis benda aku remove. Tapi memang dapat tau virus ni datang dari link 1 blog yang mahahebat giler nie...
Nak kata berjaya menyahkan minah spedo tu dari blog aku...kira bleh la nak di kata berjaya sket!! Biasa kalo aku type blog dalam search tu...memang ada warning. Tapi pagi nie aku try la search lagi....so far x de lagi dah. Aku try buka blog nie pun....x de lagi warning kaler merah! (Apesal entri aku nie macam jakun sangat ekk??)

So...aku x tau mana minah Malware tu pegi.....
Mungkin pegi HAJI kot....!
Janji dia x datang lagi kat blog aku....udah la.
(Mode : lega buat sementara waktu....)

Friday, October 14, 2011

Blog aku kena serang Malware!!!

Adoiiii...bla masa plak virus Malware nie menapak dalam blog aku nie! Dah pening kepala cari cam ne nak remove benda alah melaunn nie dari blog buruk aku! Minah malware nie pun satuu....Cari la blog yang glemer2 sket...cam AmirFX ka....Miz Cokelat ka..Mdam Vivi ka...Mat Onggon ka..CIk Lyndawawa ka...! Ada jugak hasil..kalo nak cari glemer punnn. Nie...nak jugak buat onar dalam blog suam2 aer kopi cap Kapal Api nieee! Hampeh btul...!
Aku baru nak gumbira dalam dunia blog...ada jugak yang nak sabotaj...! TIDAKKKKKKKK!

Padan la cik Zih@n remove aku....x nak jd geng! rupanya benda alah nie menggila datang x berjemput.

Cam ne nak buat ekkk? Tolong aku remove Minah nie ...!

Dia yang Ke-37

Baru-baru nie...dapat lagi anak sedara baru. Baru je lepas buat entri pasal anak sedara Dia yang ke-36. Ari nie sibuk plak nak masukkan entri yang no.37. Macam nak buat siri untuk anak2 buah la plak! Tapi kalo ok citernya...apa salahnya?
Hal nya selepas raya ari tu...Kakak aku no.8 selamat melahirkan anak perempuan. Alhamdulillah. Aku x ingat nama anak buah aku nie. Auna ka..apa..! Nama budak pompuan tomboi yang dalam Stanza Cinta tuuu laaaa...Lebih kurang gitula bunyinya.

Begitu la..kalo dah ramai anak sedara. Nama penuh pun leh lupa.
Anak sedara aku nie punya jenis sensitif....
Penah satu hari tu...kakak ipar aku x perasan sorang anak sedara aku ni. Ye laa....lama x jumpa la katakan. Dah tentu la makin dewasa makin lawa kannn! Nak-nak yang dah reti pakai make up....dengan kanta lekap kaler biru lagi.
Mengadu sakan dia dengan kami..yang mak sedara dia x kenal dia dah! Protes tak nak tegur dah lepas tu...
Tu baru sorang anak buah mengadu. Ada ramai lagi anak buah nie.....x tau apa plak cita yang lain.

Kalo aku??? Mau tak merajukkkkk....kalo mak sedara tak kenal anak sedara?? Korang x kecik hati ka?
Apa pun.....kisah kehidupan dalam dunia nie, pandai2 la kita tanganinya. X kan la kerana perkara kecik..(x perasan anak sedara) tu pun nak jadikan isu putus sedara. hehehe
Alaaa...budak2. Gitu la perangai derang....