Friday, January 28, 2011

D hempap fail...petang Jumaat yang hangat!

Hari ni tekak aku rasa loya2.. pinggang plak rasa sakit2. Ni bukan pasal 'pregnant' wokeyy! tp kerjo punya pasal! lama sgt duduk kat atas krusi empuk nieee..

Adoi! pening kepala aku dgn fail2 melonggok dlm 'in tray' ni. Haiyya...! Larat ker aku nak habiskan keja tu ari nie? Kalo stakat tgok je..bleh la habis sblm kol 5 ptg. Huhh! (jap...aku rasa nk nangis plakk!)


Kena buat jugak la..kalo x siap hari ni, terpaksa aku 'signature' sendiri surat2, dokumen2 dan laporan tu Isnin ni! Boss dua2 dh bcuti utk sambut Tahun Baru Cina...(adoiiii....knapa la cuti serentakk!). Malas betul nak turun 'OT' Sabtu Ahad. Dah banyak duit opis d habiskan utk bayar OT aku je! Kasi la peluang org lain plakk! Fail2 yang berlonggok tu.. semua melibatkan pelbagai kes hartanah yang telah staf aku siapkan untuk aku semak. Huh..nak semak lagiii! Blom lagi keja2 or tugasan aku plakk!


Tengokkk!

X muat dah kabinet transit aku untuk simpan fail2 kes ni. Terpaksa letak atas lantai jer. Memang x 5S lagi la tempat duduk aku 2 minggu ni! Kalo aku SUPER HERO...kol 3 tadi dah abis semua kerja nie. Nie..nak kena tgok fail kes..nak kira lagi..
Nasib baik la petang2 cam nie ada pulak bebudak opis sponser cucur ikan bilis. adoi..sedap nya. Memang sedap sungguh! Nie..nak promo..cucur Ikan Bilis ni..hanya d jual berhampiran Skolah Matang Jaya! korang cari la ekk!
Aku nak sambung keja plakkk...

Tuesday, January 18, 2011

CTfm...Dato' Siti dh ada radio sendiri!!

Malam td aku mendapat info dr sahabat lama - Aji Azizi tentang RadioCTfm.com. Cuba korang klik..
Kebetulan Aji Azizi br beberapa hari mjadi Dj secara sukarela d RadioCtfm. so..xcited jugak la nak tau, apa yg menariknya radio online sebegini. X penah tau plak aku - wujudnya radio utk Dato' Siti Nurhaliza! Orang macam aku nie jarang dh dengar radio..yang aku tau Hotfm, Catfm, Radio Era, Hitzfm, Sarawakfm...

CTfm wujud kerana peminat! (tgok betapa sayangnya peminat kat Siti! bertuah sungguh). Khabarnya beroperasi sejak 15 Jun 2009 oleh peminat dr Singapura. Korang layari sendiri laman sesawang Radio CTfm tu sendiri je la. K! Aku nk cite panjang pun bknnya aku tau sangat pun. Aku nie layan jee...
Mdengar Aji Azizi bersiaran langsung malam tu..mmg menarik! bertugas d konti bilik tidur agaknya! nampak santai...dan semua lagu dr koleksi Siti Nurhaliza. Sesekali terdengar si Aji Azizi tersasul dengan loghat melayu sarawaknya. Nak request lagi pun bleh je - kalo korang 'like' facebook RadioCTfm. Dj2 bertugas secara sukarela seperti d bawah :


Khairee (Khyree) Mohamed Karim
[Segmen BERSAMA... - Selasa]
Pengasas/Pegawai Tenaga Manusia/DJ
Berasal Dari Singapura

Muhammad Azizi Bin Rahim @ Azhezi @ Adji
DJ [Segmen MEMORI MEMOIR - Khamis]
Berasal Dari Miri Sarawak, Malaysia

Mohd Rashidi (Sidi) Mohamad Isa
DJ [Segmen INSPIRASI MUZIK SITI NURHALIZA - Jumaat]
Berasal Dari Ipoh, Perak, Malaysia

Noorleen Fazleen
Dj [Segmen INSPIRASI MUZIK SITI NURHALIZA - Sabtu]
Berasal Dari Sitiawan, Perak, Malaysia

Puteri N. S. (Duta Lara)
DJ [Segmen CELOTEH CIK DL - Isnin]
Berasal Dari Batu Pahat, Johor Bahru

Nur Fazliah (Liah) Md Ali
Ketua Pegawai/DJ
[Segmen BERSAMA... - Rabu]
Berasal Dari Singapura

RadioCTfm.com - tidak lah segah stesen radio yang ada. Mungkin sekadar perhatian peminat kepada Siti Nurhaliza. Gud luck la..kat CTfm team!







Monday, January 17, 2011

Konfius...nak panggil apa?

Topik pagi untuk hari ini adalah pasal panggilan hormat kat mak bapa sedara @ mak bapa 'penakan' (aku pun x tau la dari mana asal nama penakan tu). Atau pun gelaran mengikut urutan dalam keluarga.

Dalam famili aku..urutan keluarga (gelaran) seperti berikut :

Anak 1 - Wa
Anak 2 - Anjang
Anak 3 - Ngah
Anak 4 - Mok
Anak 5 - Chik
Anak 6 - Yak
Anak 7 - Ambong
Anak 8 - Andak
Anak 9 - Udak
Anak 10 - Usu

Ini bagi sebuah keluarga yang mempunyai 10 orang adik beradik. Bagaimana pulak yang mempunyai lebih daripada 10 adik beradik atau kurang 8 orang adik beradik? Bagaimana dan siapa yang menentukan status / gelaran tersebut?

Daripada pemerhatian aku..lain lokasi, susunaturnya gelaran dalam keluarga berbeza. Sebab itu penentuan status / gelaran tersebut sukar untuk dipastikan!

Kalau d Semanjung, anak yang sulong digelar 'ALONG'. Kalo kat tempat aku di panggil 'Wa'. Mungkin singkatan bagi anak paling 'TUA' kot. Macam mana plak timbul gelaran 'ANJANG'? Adakah sebab anak no.2 ni panjang ka? Aku tgok arwah kakak aku x de la panjang pun! huh..

Sebab itu, kekadang aku sendiri pun konfius!

Budaya menghormati orang lebih tua dengan gelaran seperti itu, telah dididik dalam keluarga kita. Kalau tak de gelaran pun, sekurang-kurangnya panggilan Mak Jah, Mak Teh, Pak Dan, Pak Long pun dah cukup baik!

Kazen aku penah x suka dengan gelaran 'Andak'! Tak glamer dan tak best katanya! Kenapa tak kasi dia gelaran lain yang lebih sedap bunyinya!?? plak dahh..

Paling best bila kazen mazen berkumpul...mula la memperkenalkan mak bapa sedara kat anak2 buah / anak masing-masing.

"Ni Usu..., Ni Anjang..." baik punya susunan..
"Ni Andak, ehh..andak ka Udak...???" part yang kekadang melucukan, bla konfius susunan gelaran kat kazen sendiri! dah la aku ni memang pelupa.
Tapi yang best....Usu memang gelaran yang sangat popular! hihi

Sunday, January 16, 2011

PENCEN oh PENCEN! Part 5

Part PENCEN yang nie..suspen sket! Korang tengok gambar kat bawah nie? Diorang ni tgok bawah bukan pasar jumpa Ular Sawa kaler Biru! Main dam ular pun bukan! Tengook kucing beranak kembar 8...lagi la bukann!

Hari tu...Puan Phyliss, wakil puteri UMNO panggil nama aku. Suara sayup2 je kedengaran. Aku ingatkan dia panggil aku pasal nak ajak makan ka..? Pasal diaorang nie penaja UTAMA makanan segera dalam bilik operasi. Bla aku angkat kepala..tengok dia dan Puan Hartini (sorang lagi wakil puteri UMNO) terkial2 macam nak angkat guni beras 15 KG.
"Tolong! Tolong lok...aju..." hihi...x bleh lupa la muka si Phyliss! Almaklum la..pembawakan budak. Terhegeh2 jugak nak angkat orang pengsan! Rupa2nya...salah sorang member Operasi pengsan! Terjelepok bawah meja..
"Cari minyak angin...kasi dia angin..cari kipass angin.."- aksi 911!
Keadaan menjadi kelam kabut!
Aku, Mika dan Rajak...masih teragak2 nak tolong angkat mangsa pengsan. Angkat ke tidak?! Bukan pasal x nak tolong...tp bla fikir batas2 nak pegang bukan muhrim punya pasal, terpaksa dibatalkan hajat! Tak pasal2 nanti terpegang benda lain...hih! Sapa nak jawab??
x sampai 2 minit..dh ramai sukarewan 911 datang! Ada yang pegang kaki...ibu jari. Ada yang cuba2 buat air jampi! Ada yang picit2 hidung (eii..ingat nie main2 ka?)
Korang tengok gambar atas tu! korang rasa sapa 'Hero'? Sure yang pakai tudung kaler coklat kan? Ada saja muka dia nie kann!?
Mangsa yg dh sedar, dibawa ke kereta rasmi untuk d hantar ke Hospital. Nak angkat..dh x larat. Terpaksa la pakai kerusi beroda! Sorong sampai lobi..

Memang macam2 peristiwa berlaku semasa operasi dijalankan. Tapi semuanya sebagai rencah2 peristiwa PENCEN! Kami berjaya selesaikan tugasan dalam tempoh 2 minggu. Alhamdulillah...

-TAMAT-

Friday, January 14, 2011

Encobo kelaka Sarawak lok!!

"Yo rupo kito...muko kedak kudo tuo.."
Aku ni bukan la pakar dalam bahasa Sarawak...tapi sebagai pemerhati bebas ni, bleh dikatakan tiap2 hari ada saja daftar kata baru kluar dari mulut orang d sekeliling. Lebih2 lagi kalo aku balik kampung di KOTA SAMARAHAN. Lagi banyak istilah2 yang jarang kedengaran d bibir anak2 muda skarang nie.

MUKO KEDAK KUDO TUO = Muka macam kuda tua! Ayat ini sekadar gurauan kami di pejabat. Lucunya bila rakan sekerja berbangsa cina cuba untuk berdialek Melayu Sarawak (Samarahan). Aneh bunyinya!
Muncung bibirnya menyembur taburan air liur! eeee..

D Kampung Tebelu, Daerah Asajaya/Simunjan....pernah terdengar dialog ini..
"ALU SIK GARIK AGIK. NIE NDAK MEGI NYO TEK?"
kalau direct translate bunyinya cam nie - Lalu tak nampak lagi. Mana ntah pegi dia tadi. Bunyinya nampak kurang tepat kan?

Mungkin ada bloger yang bleh tolong!

Garik : nampak

Sahabat SELAMANYA


Anak aku suka lagu nie..

Aku pun br je dengar lagu nie. Best jgk! simple..dan sedap d dengar! kalo tak pasal anak aku ikut nyanyi lagu ni, x perasan pun lagu Kumpulan Padi nie! (ntah cam ne anak leh tau dulu lagu nie dr aku..hurm!)

Lagu tema 'Upin dan Ipin' - lagu yang mudah untuk diingati kanak2 sebaya anak aku!


Sahabat Selamanya - title yang sgt2 menarik. "Kau dan aku sahabat, untuk selama-lamanya" bait yang cukup bermakna untuk kita menghargai erti persahabatan.

SAFARALIWATI...sahabat aku untuk selama-lamanya! sentiasa berada d sisi aku bla aku memerlukan. Terlalu banyak pengorbanan untuk aku. Aku sangat bangga ada sahabat yang sangat setia sepertinya. Seorang lagi sahabat aku yang kecil nie..Azwa Safrina Wardina, yang sentiasa saja menemani aku kemana saja. Budak yang banyak mulut nie...sahabat yang sangat akrab.
Untuk sahabat2 yang lain...
TQ..utk semuanya!

Mizz Coki - blogger yg happening! n geng skolah Sri Muara! bla la nak blanja aku nie??

Sunday, January 9, 2011

Kota Samarahan lagi...

Ronda2 sekitar Pekan Muara Tuang, Kota Samarahan (Daerah kecil Muara Tuang) mengingatkan aku pada zaman skolah. Masa skolah dulu sibuk buat Kajian Tempatan Sejarah / Geografi PMR. Dari Majlis Daerah Samarahan bergerak ke Pejabat Daerah Samarahan. Dari Pengkalan Feri ke Stesen Bas Muara Tuang. Masuk Kampung Tanjung Bundong keluar ke Kampung Muara Tuang. Habis satu pekan kami jejaki semata2 nak siapkan tugasan!

Tapi ronda2 kali ni bkn nak buat tugasan, tpi saja2 melawat tpt zmn remaja! Tapi bila melihat keadaan sekarang...alahai Kota Samarahan!
Bangunan Residen, Samarahan pada satu ketika merupakan pusat pentadbiran yang sibuk. Bangunan 4 tingkat ini dahulu menempatkan Pejabat Residen, Jabatan Agama Islam, Jabatan Kebajikan, Jabatan Perbendaharaan, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid dan Pejabat Pos.
Sekarang - keadaan sudah berubah. Bangunan Residen sunyi sepi... Bertahun aku tidak menjejakkan kaki di Bangunan Residen ini. Pasal aku x de tujuan pun nak ke sana...



Bangunan Daerah Samarahan ini merupakan bangunan pentadbiran yang paling lama di Kota Samarahan. Dari jauh ...nampak macam bangunan terbiar.
Kebetulan aku hari tu..sengaja nak buat MyKid anak aku, di Jabatan Pendaftaran Negeri yang terletak di tingkat 1, Bangunan Pejabat Daerah ini. Lengangnya.....





Ruang pejabat berkongsi dengan Ikatan Sukarelawan Sarawak. Pegawai di Jabatan Pendaftaran hanya ada 3 org (semasa aku kat situ laa..).
Selain Jabatan Pendaftaran Negeri...Ikatan Sukarelawan, Pejabat Daerah Samarahan, dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) juga masih setia menghuni bangunan lama ini.
Huh!!..







Antara bangunan lama yang masih berdiri gah ialah Bangunan Peladang (dulu Jabatan Pertanian).
Jam baru pukul 9.00 pagi, tapi x banyak kereta di ruang letak kereta. Mungkin kluar minum kot! Atau pun memang x ramai kakitangan yang datang bekerja..

Pembangunan yang semakin rancak d sekitarnya...menjadikan bangunan kerajaan seperti terasing. Bangunan lama tetap dibiarkan lama...Janji mereka buat kerja mereka..









Bangunan SESCO ni antara bangunan baru yang dibina berhampiran blok bangunan2 lama tersebut. Rekabentuk nampak moden..
Senang sket la warga Samarahan nk bayar bil elektrik. X perlu berebut2 kat Pejabat Pos! Tapi jauh dari tumpuan orang awam...









Ini padang Kampung Muara Tuang. Ni kira sejarah jugak nieee..hihi










Bangunan nie la yang paling bersejarah dlm hidup aku..hihi!
Ni la Klinik tempat aku berkhatan (sunat)!! Bukan aku je..mmber2 aku..rakan sekampung dan bebudak kampung berhampiran pun, mmg kat sini jugak la tempat bersunatnya!. Dulu mana ada Klinik Swasta ? Sekarang dh banyak klinik swasta di sekitar Kota Samarahan nie.
Generasi zaman 70-an ke 80-an sure ramai yang diberanakkan d Klinik ni. Skrang...tengok saja la. Dh nampak macam ZOO!
Aiii...semenjak ada Poliklinik Kota Samarahan, bangunan ni terbiar seperti yang korang lihat.

Memang la klinik nie org cakap ada 'penunggu'..tp x kan biarkan mcm nie. Ramai lagi org yang x de rumah. Ermm... bleh la kasi diorang tinggal 'free'. Atau pun nak tunggu PILIHANRAYA UMUM baru la macam2 janji pembangunan! (yang tu...pasti!)


Bangunan ini...adalah rumah kedai yang tertua di Pekan Muara Tuang.

Sekarang umur aku dh masuk 30-an. Aku rasa bangunan nie lebih daripada umur aku kot! kedai nie la tempat kazen2 aku ajak beli keropok ALI BABA!
Masih tegak berdiri...


Bangunan masih seperti asal. Hanya satu blok sahaja yang berpenghuni. Terkejut jugak aku tetiba ada org keluar dari pintu kedai tu.??? Ingatkan dah x de org.
Bumbung rumah kedai ini telah ditukar kepada atap genting! Mungkin pernah ada usaha untuk memelihara bangunan ini.

Sekiranya bangunan ini mencacatkan pemandangan Kota Samarahan, pihak berwajib perlu ambil tindakan. Kalo tak pun...roboh je!






Kalo fikir bangunan ini mempunyai nilai sejarahnya....so, kena la buat sesuatu! Tak kan nak tunggu bangunan hangus terbakar...baru la sedar nilai sejarah bangunan tersebut! (iye ke ada sejarah..sejarah kena kejar anjing ada laaa...hihi)
Struktur bangunan dah tak selamat untuk di diami. Adakah bangunan ini nak dikekalkan, atau dibangunkan dengan blok bangunan yang lebih moden?




ELLI SUPERMARKET - memang x asing bagi penduduk tempatan di sekitar Muara Tuang dan sekitarnya. Mini Pasaraya yang terdapat di Pekan Muara Tuang.
Daripada menyewa sebuah lot kedai..sekarang ELLI SUPERMARKET telah menguasai medan niaga tersebut. Memang senang sket la bla ada ELLI SUPERMARKET nie..kalo nak raya, biasanyanya beli kelengkapan dapur kat sini la. Semua ada..! Biasanya bla waktu perayaan dia tutup lambat dr biasa.
Memang da kontroversi sket bla cite pasa ELLI SUPERMARKET ni! tp malas la nk cite kat sini. Apa yang penting...org kampung senang nak beli keperluan dapur.

Ni plakk....deretan gerai yang pertama wujud d Kota Samarahan. Gambar kat sebelah tu..gerai yang dulunya Allahyarham bapa aku sewa untuk kakak2 aku berniaga kedai makanan. Sekarang dah jadi kedai menjual kelengkapan rumah.

Dulu memang nampak popular la deretan gerai ni. Tapi bila dah ada deretan rumah kedai yang lebih besar, lot kedai ini tidak lagi menarik perhatian penduduk sekitar.



Lebih daripada 25 tahun usia deretan gerai ni. Tempoh yang agak lama...










Gambar kat bawah nie..memang x menarik pun! Tak tau rumah apa ntah. Dulu pernah menjadi kediaman jururawat di Klinik Kota Samarahan. Tapi sekarang memang uzur sangat....

Banyak sungguh bangunan kerajaan yang terbiar di Kota Samarahan.

Thursday, January 6, 2011

Alahai Kota Samarahan...

3 Januari 2011 - sepatutnya aku keja, tapi kerana tidak mahu terlepas hari pertama anakanda masuk sekolah, so aku ambil cuti pelepasan yang tak sempat aku ambil sebelum ni.
Sementara menunggu anak balik sekolah..aku dan isteri ronda2 d Pekan Muara Tuang (Daerah Kecil Kota Samarahan). Peluang untuk meninju lokasi zaman skolah ..

Stesen Bas Muara Tuang...memang lokasi yang banyak menyimpan kenangan. Dulu memang nampak buruk sangat. Tapi sekarang perubahan nampak jelas..dengan 'renovation' yang telah dibuat, menjadikan stesen bas ni lebih baik daripada dahulu. Di sini la tempat popular pertemuaan pasangan2 cinta monyet!

Keadan pekan lama ini nampak semakin suram dengan pembangunan yang semakin rancak d kawasan persekitarannya. Rumah kedai yang dulunya dikunjungi warga tempatan kini tidak lagi menjadi pilihan utama. Tidak mustahil kedai2 ini akan tutup satu hari nanti...apa silapnya?

Pasar Kota Samarahan juga tidak serancak dahulu. Mungkin warga kota sudah mempunyai banyak lokasi pilihan mereka. Sudah tidak relevan kah pasar Kota Samarahan ini? Adakah kerana kedudukan / lokasi yang tidak strategik?


Wednesday, January 5, 2011

PENCEN oh PENCEN! Part 4

Watak2 penting dalam Ops PENCEN nie ada ramai..tp untuk entri yang ni, x semua watak aku masukkan. Tak sempat nk ambil gambar yang lain. Paparazzi x sempat mbik semua watak2 utama pasal diaorang sibuk ada majlis penting ari tu...

CM da majlis Akad Nikah..!
Saja aku letakkan muka2 yang sempat paparazzi ambik sebelum dia blah!

Bla dh semuanya selesai..muka2 nie la akan diingat...yang penat akan ambik kesempatan tido seketika. Bagi yang Kusyuk...x ingat dh waktu balik keja. Da jugak yang tak blik umah..sanggup berembun d bilik operasi.

Tapi yang bestnya...masa nie la kongsi banyak cerita. Cerita artis kawin...cerita org d makan buaya...cerita stok ikan d kampung Goebilt...cerita kenduri kawin yang nak pegi hujung minggu...

Tapi yang kecohnya....cerita nk belanja duit Over time (OT) ni. Ada yang nk beli baju jubah..ada yang nk beli Iphone....cukup ke?