Tuesday, October 19, 2010

QIT - mencari masalah pun satu masalah


Konvensyen QIT 2010 baru sahaja selesai - macam2 cerita, macam2 gosip, macam2 aduan kedengaran dari pelbagai sumber. Komen2 yang baik, komen2 yang x baik semua bercampur-campur dah macam 'Island Salad' plak. Tahun ni dah tahun ke-3 Konvensyen QIT (lupa nak bagi tau..QIT tu "Quality Improvement Team") dilaksanakan..

Bla dh hampir hari konvensyen..maka kesibukan melanda macam TSUNAMI. Mana nak cari data..mana nak cari buku rujukan..nak cari mentor atau fasilitator...nak cari ayat buat teks 'public speaking'...part yang paling best, mana nak cari baju sponser! Wah!!...dah cam nak buat show konset AF9 la plakkk! cari baju sponser segalaaaa!

Sampai ada yg nampak macam nak meroyan ...risau pasal projek x siap2 lagi. Mana x meroyan....2 minggu lagi nk konvensyen baru la....fikir masalah. Ni la masalahnya....'Nak cari masalah pun jd masalah'..

Nak mula projek ada MASALAH
Nak buat slide pun ada MASALAH
Nak cari baju sponser pun berMASALAH
Bla Fasilitator x muncul2...tu memang fasilitator BERMASALAH.
Slide x bleh buka..laptop jd punca MASALAH padahal sendiri x pandai komputer hihihi
cam ne nak selesai MASALAH??

Apa pun MASALAHnya....QIT perlu difikir secara positif.

Sapa menang sapa kalah bkn persoalannya...

Tp objektif QIT bukannya hanya untuk mempersembahkan hasil kreativiti, penambahbaikan dan inovatif projek kumpulan, tetapi juga untuk mencungkil potensi diri ahli, dan memberi pendedahan kepada mereka untuk melakukan sesuatu yang luar daripada kebiasaan mereka. Bukan senang nak bercakap didepan khalayak ramai...
Cuba la kalo brani!!

Plan - Do - Check - Action = sebenarnya perlu dipraktis dalam setiap tugasan kita. Melatih minda untuk berfikir dan melaksanakan penyelesaian yang praktikal itulah matlamat sebenar. X banyak...sedikit pun jadi la. Apa yang penting ahli perlu sedia untuk belajar.


Sunday, October 17, 2010

Keluarga Besar...pun pening!

Dalam gambar ini ada...29 orang anak saudara! Hanya 20% dr jumlah sebenar! Bkn senang nak kumpul semua ahli keluarga yang besar seperti ini. Anak2 kazen lagi...mmg aku x bleh nak ingat semua. Nota salasilah keluarga yang arwah bapa aku tinggalkan masih blom mampu dilengkapkan sepenuhnya!

Pasal tu ada anak sedara x kenal bapa/mak saudara, yang bapa/mak saudara x kenal anak saudara! Anak sedara nak panggil Wa, Anjang, Udak, Mok, Ngah, Usu...dah x reti nak susun cam ne. Bleh buat pening kepala...

Alhamdulillah...Allah s.w.t masih mempertemukan dan mempereratkan silaturahim keluarga ini. Dengan teknologi yang ada..nak berhubung dgn sedara, anak sedara..Facebook kan ada!

Wednesday, October 6, 2010

Suasana Rumah Terbuka DBKU

6 Oktober 2010 - Kemeriahan suasana Rumah Terbuka DBKU. Juadah utama untuk tetamu Rumah Terbuka DBKU
Kakitangan dan tetamu yang hadir memeriahkan suasana Rumah Terbuka DBKU.
Tetamu menjamu selera...Datang Rumah Terbuka perut kena kenyang..!!
Perasmian majlis Rumah Terbuka DBKU diadakan di Auditorium.
Suasana ruang lobi Bangunan Ibu Pejabat DBKU.
Landskap ruang lobi dihiasi dengan bunga..menambahkan keceriaan Rumah Terbuka DBKU.
Gerai Bahagian LES/ENF
Gerai Bahagian ADM/COP menghidang juadah soto

Gerai Bahagian BLG

Gerai Bahagian DGM/AMM
Gerai yang memenangi tempat pertama pertandingan gerai terbaik sempena Rumah Terbuka Aidilfitri DBKU.
Gerai Bahagian VAL/RTG
Gerai Bahagian HRM/PDB/CTS